FAQ Tasneem Naturel

1. Siapa yang boleh guna balm TN?
: Balm TN boleh sesuai digunakan oleh semua peringkat umur iaitu dari yang baru lahir  hingga orang dewasa.

2. Bayi baru lahir boleh guna ke?
: Boleh. Minyak pati yang terkandung dalam balm sudah dicampurkan (dilute)dengan carrier oil iaitu almond oil. InsyaAllah selamat untuk bayi yang baru lahir. Kami terima banyak juga maklumbalas yang baik dari ibu dalam pantang.

3. Bayi baru lahir boleh guna balm TN. Bagaimana pula dengan bayi pramatang?
: Kami tidak menyarankan penggunaan balm kepada bayi pramatang. (Kelahiran dibawah 37 minggu), kerana hati (organ) si kecil belum matang sepenuhnya lagi. Jadi,dikhuatiri ada kesan yang tidak diketahui yang mungkin membahayakan.

4. Bayi saya ada jaundice. Boleh guna balm TN?
: Kami sarankan puan ikhtiar dengan T- Rub. T-Rub membantu anak supaya kerap membuang air besar, supaya birubulin dapat dinyahkan. Kami telah dapat feedback kuning cepat turun dengan T-Rub.
Adapun kami tidak sarankan Sleep Time jika anak jaundice, untuk elakkan anak asyik tidur, supaya ibu dapat kerap menyusukan bayi.

5. Balm ini panas tak?
: Balm tidak panas.

6. Berat balm berapa? Tahan berapa lama?
: Balm sahaja 18gm. Termasuk bekas 80gm. Sebekas balm boleh tahan sehingga 2 bulan dengan penggunaan kerap.

7. Balm ada tarikh luput?
: 1 tahun lepas buka, 2 tahun jika belum dibuka

8. Adakah produk Tasneem berdaftar dengan KKM?
: Ya, produk Tasneem berdaftar dengan KKM.
: Sleep Time: NOT 180903344 K
: Calm Time: NOT 180903431 K
: CF Rub: NOT 180903457 K
: T Rub: NOT 180903474 K 
: Skeenz: NOT 180903466 K 
: Lotion: NOT 190203348 K 
: Head to Toe: NOT 190203327 K 
: Massage Oil: NOT 190203332 K
9. Ibu mengandung boleh guna?
: Boleh. Ramuan balm TN TIADA bahan yang bahaya untuk ibu mengandung termasuklah bayi yang dikandungkan.


10. Sejauh mana keberkesanan setiap balm pada bayi?
: Balm TN mengandungi minyak pati. Ia adalah produk semulajadi. Ianya bergantung kepada keserasian individu.

11. Cara penjagaan balm sama ke macam minyak angin lain?
: Cara simpan pada suhu bilik biasa. ⛔AWAS! Bekas balm adalah kaca. Mudah pecah jika jatuh dari tempat tinggi.

12. Sejauh mana berapa lama ketahanan calm dan sleep tu berfungsi pada bayi.
: Balm ini bukan ubat tidur. Ia tiada dadah yang menyebabkan bahaya.
Ianya mengandungi minyak pati yang berfungsi untuk merilekskan saraf & stabilkan hormon. Kesannya, bayi akan mudah tidur dan tenang. Tidur tidak terganggu dan bangun pun ceria.

13. Kenapa Sleep balm tak boleh sapu banyak?
: Dalam sleep balm, ada minyak pati kayu cedar. Ianya seimbangkan hormon tidur dan hormon sedar.
Biasa anak yang susah tidur ini, kedua hormon itu tidak seimbang. Jadi, sleep balm hanya perlu sapu nipis sahaja untuk mengelakkan hormon sedar tu terlebih dan membuatkan anak susah tidur.

14. Anak g6pd boleh guna balm TN?
: Boleh puan. Tidak mendatangkan bahaya.

15. Anak ekzema boleh guna?
: Untuk anak yang ada ekzema atau kulit jenis sensitif, sebaiknya kena patch test dahulu di pelipat tangan sebelum guna. Ianya bergantung pada individu juga. Dalam balm ada almond oil di mana ada sesetengah yang sensitif dengannya.
Ada juga anak ekzema yang ok bila guna balm ini. Jadi, perlu kenalpasti anak sensitif dengan apa.

16. Kenapa lepas saya guna CF-Rub, anak jadi kerap muntah? Hingus pun asyik meleleh saja.
: Jangan risau. Itu adalah kesan selepas guna CF-Rub balm. Dalam balm ini ada minyak pati kayu putih yang membantu mencairkan kahak. Jadi, anak akan muntah kahak untuk keluarkan kahak tersebut. Selsema pun akan meleleh untuk pengeluaran mukus tersebut.
Nanti baru hidung anak tidak tersumbat dan batuk makin kurang.

17. Anak saya ada alahan. Apa yang perlu saya lakukan untuk pastikan balm ini sesuai dengan anak saya?
: Lakukan ujian saringan dengan sapu dipelipat terlebih dahulu. Jika nampak naik ruam, sapu balm ditapak kaki sahaja. Jika tidak, boleh sapu pada tempat yang disarankan.

No comments:

Post a Comment